Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Erti : Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong.

Contoh : Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Advertisements

Pucuk dicita ulam mendatang.

Erti : Memperoleh sesuatu yang dihajati.

Contoh : Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Erti : Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama.

Contoh : Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.