KOLEKSI PEPATAH MELAYU (A-Z)

ABJAD PEPATAH PENGERTIAN CONTOH AYAT
A Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Pendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut. Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.
B Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Hidup Bantu membantu antara satu sama lain. Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
C Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga Setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain. Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.
D Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung Walau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami. Apabila berada di negeri orang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
E Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja. Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
F Fikir itu pelita hati Daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup. Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.
G Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia. Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampun kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
H Harapkan pagar, pagar makan padi Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita. Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.
I Ikan pulang ke lubuk Kembali semula ke tempat asal. Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya.
J Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
K Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Orang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja. Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.
L Lembu punya susu, sapi dapat nama Seseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama. Projek pembinaan balai raya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.
M Membujur lalu melintang patah Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi. Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.
N Nyiur setandan tetapi berlainan jadinya Sikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa. Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.
O Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Kita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita. Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
P Pucuk dicita ulam mendatang Memperoleh sesuatu yang dihajati. Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.
Q -
R Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul Orang yang melakukan kerja secara bergotong royong. Semua penduduk kampong Seri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
S Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga. Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
T Takkan pisang berbuah dua kali Tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan. Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.
U Ulat dalam batu pun dapat hidup Orang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan. ‘Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup,’ kata ayah kepada abang.
V -
W Waktu itu wang Waktu itu sangat bernilai. Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.
X -
Y Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang. Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Z Zaman beralih, musim bertukar Peredaran masa. Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s